Follower HiBI

Tuesday, July 27, 2010

Tips Uruskan Stress


Assalamualaikum warah matullah.

Kembali lagi dalam Blog Hidup Indah Bersama Islam. Semalam, saya mendengar ceramah Ustaz Aa Gym (Indonesia). Ceramah-ceramah pendek beliau saya download dari 4shared.com. Caranya ialah masuk ke www.4shared.com, kemudian, pada ruangan search  tulis nama Aa Gym. InshaAllah, banyaklah akan ada list koleksi ceramah beliau, berbentuk mp3 dan sebagainya.

Zaman serba canggih dan cepat ini, seperti juga membawa satu penyakit atau gangguan kepada manusia keseluruhannya, iaitu penyakit STRESS. Ini membawa saya untuk berkongsi 12 Tips untu menangani stress. Sebenarnya, semua diantara kita akan menghadapi stress. Tetapi, kurang semua dari kita pakar dalam menangani stress.

Stress atau tekanan boleh menjadikan kehidupan seseorang itu tidak sihat. Ada kalanya boleh membuatkan seseorang itu GILA atau sakit mental. Mungkin anda baru dimarahi penyelia, atau pensyarah, bergaduh dengan dengan sahabat, mungkin kerja tidak menjadi, atau mungkin juga hubungan cinta dan keluarga anda sedang dilanda badai. Seharian memikirkannya hingga menjadikan hidup anda huru hara. Namun jalan penyelesaian tidak juga nampak tandanya. Siapa tak stress kalau dalam situasi begini? Bagi anda yang sedang mengalami stress yang melampau, tidak kiralah kerana kerja, cinta, keluarga atau orang sekeliling.

12 Tips tangani Stress

1.Uruskan Masa Dengan Efektif

Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.

2. Bacalah AlQuran, kerana ia penawar hati

Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai manfaat besar kepada manusia. Sekiranya dalam ketegangan fikiran, kita cuba membaca Al Quran, inshaAllah, jiwa akan kembali bergetar secara normal.

3. Rehat Seketika

Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan anda berhenti rehat seketika untuk meminimakan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.

4. Kurangkan Gangguan

Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.

5. Makan Makanan yang menyihatkan

Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.

6. Lakukan Meditasi & Senaman

Ia senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dengan dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Dan jangan lupa mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran serta lafazkan zikir-zikir seperti Subhanallah, Allahuakbar dan sebagainya.

7. Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan

Elak dari menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri setiap hari. Jangan buang masa dengan rasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat ditukar atau dicapai. Percayalah, Allah akan mendatangkan kesenangan/kemudahan dalam kesulitan (Surah Al Inshirah).

8. Dapatkan Nasihat

Minta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stress. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor mahupun sahabat terdekat.

9. Belajar Katakan ‘TIDAK’

Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.

10. Dapatkan Tidur yang Cukup

Tidurlah sekurang-kurangnya 6 – 8 jam sehari. Tetapi seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikir dan menyiapkan kerja yang bertimbun.

11. Berdoa

Doa ialah senjata orang islam. Berdoalah kepada Allah. InshaAllah, sesiapa sahaja yang berdoa kepada ALlah, pasti Allah akan perkenankan.

12. Menarik Nafas Dalam-dalam

Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.

Sekian untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Sesiapa ada tambahan, bolehlah tambah dibahagian komentar :).
 
-------

5 comments:

Luahkan isi hati..

Dialu-alukan letak link blog dishoutbox anda untuk kami link semula. Terima kasih :)