"Daripada Abi Hurairah r.a, daripada Rasul Allah S.A.W sabdanya, telah berfirman Allah `Azza Wajalla "Aku adalah pada sangkaan hambaKu terhadapKu (Aku melayan hambaKu sepertimana yang mereka harapkan) dan Aku bersamanya bila ia mengingatiKu. Dan demi Allah, Ia sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada kalangan kamu apabila kamu mendapati kamu tersesat dan terlupa, siapa yang mendekatiKu sejengkal, maka Aku dekatinya sehasta, siapa yang mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa dan apabila ia mendekatiKu dengan berjalan maka Aku akan mendekatinya dengan berlari"
Riwayat Muslim
Riwayat Muslim
Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman: Allah dan rasulNya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya, dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api.”
Riwayat al-Bukhari


