Follower HiBI

Friday, May 7, 2010

Baca Surah AlKahfi - Terutamanya Pada Hari Jumaat

Assalamualaikum waraha Matullah

Disini saya senaraikan beberapa hadith tentang surah al-kahfi. Semoga menjadi pendorong untuk kita habiskan bacaan Surah Al-Kahfi dihari Jumaat , hari ini. Jangan lupa baca terjemahannnya sekali, banyak cerita-cerita menarik Allah SWT sajikan untuk kita.

  1. Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)
  2. Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .
  3. Sabda Nabi saw : “ Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi maka akan selamat dari gangguan dajjal ( Muslim, Nasaei, Tirmizi, Abu Daud / Sahih )

Ada sesiapa ada hadith-hadith lagi atau ungkapan-ungkapan para salafusoleh? Mari kita hayati bersama apa yang Allah SWT cuba nak kita fahami dari surah ini hinggakan terlalu banyak kelebihan apabila membacanya.

Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat.

Akhir kalam, mari membaca Surah Kahfi!

No comments:

Post a Comment

Luahkan isi hati..

Dialu-alukan letak link blog dishoutbox anda untuk kami link semula. Terima kasih :)