Follower HiBI

Thursday, January 5, 2012

Keagungan Sabar

(Gambar daro Google)


واصبر وما صبرك إلّا بالله
Bersabarlah dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah……………
Kalam ilahi di atas dari surat An Nahl Ayat 127 juz 14 merupakan ayat yang agung, karena di dalamnya tersirat pesan mendalam, walaupun sebenarnya ayat ini ditujukan kepada Rasulullah, paling tidak kita sebagai umatnya bisa mengambil pelajaran dari beliau sebagai suri teladan sepanjang masa.
Betapa Allah menguatkan Rasulullah karena ulah kaumnya yang senantiasa mengganggu kehidupan dan dakwah beliau, agar tidak bersedih hati dan tetap tegar dalam mengemban amanah suci membawa risalah tauhid yang menghiasi hari-harinya.
Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” QS: Yusuf ayat 108 juz 13.
Oleh karenanya Allah juga memerintahkan kepada Rasulullah untuk beribadah dalam keadaan apapun sampai datang kepadanya sebuah ajal.
“Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui, bahwa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan, (97). Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (shalat), (98). dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal). (99). QS: Al Hijr ayat 97-99 juz 14.”

Tuesday, July 27, 2010

Tips Uruskan Stress


Assalamualaikum warah matullah.

Kembali lagi dalam Blog Hidup Indah Bersama Islam. Semalam, saya mendengar ceramah Ustaz Aa Gym (Indonesia). Ceramah-ceramah pendek beliau saya download dari 4shared.com. Caranya ialah masuk ke www.4shared.com, kemudian, pada ruangan search  tulis nama Aa Gym. InshaAllah, banyaklah akan ada list koleksi ceramah beliau, berbentuk mp3 dan sebagainya.

Zaman serba canggih dan cepat ini, seperti juga membawa satu penyakit atau gangguan kepada manusia keseluruhannya, iaitu penyakit STRESS. Ini membawa saya untuk berkongsi 12 Tips untu menangani stress. Sebenarnya, semua diantara kita akan menghadapi stress. Tetapi, kurang semua dari kita pakar dalam menangani stress.

Stress atau tekanan boleh menjadikan kehidupan seseorang itu tidak sihat. Ada kalanya boleh membuatkan seseorang itu GILA atau sakit mental. Mungkin anda baru dimarahi penyelia, atau pensyarah, bergaduh dengan dengan sahabat, mungkin kerja tidak menjadi, atau mungkin juga hubungan cinta dan keluarga anda sedang dilanda badai. Seharian memikirkannya hingga menjadikan hidup anda huru hara. Namun jalan penyelesaian tidak juga nampak tandanya. Siapa tak stress kalau dalam situasi begini? Bagi anda yang sedang mengalami stress yang melampau, tidak kiralah kerana kerja, cinta, keluarga atau orang sekeliling.

12 Tips tangani Stress

1.Uruskan Masa Dengan Efektif

Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.

2. Bacalah AlQuran, kerana ia penawar hati

Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai manfaat besar kepada manusia. Sekiranya dalam ketegangan fikiran, kita cuba membaca Al Quran, inshaAllah, jiwa akan kembali bergetar secara normal.

3. Rehat Seketika

Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan anda berhenti rehat seketika untuk meminimakan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.

4. Kurangkan Gangguan

Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.

5. Makan Makanan yang menyihatkan

Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.

6. Lakukan Meditasi & Senaman

Ia senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dengan dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Dan jangan lupa mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran serta lafazkan zikir-zikir seperti Subhanallah, Allahuakbar dan sebagainya.

7. Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan

Elak dari menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri setiap hari. Jangan buang masa dengan rasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat ditukar atau dicapai. Percayalah, Allah akan mendatangkan kesenangan/kemudahan dalam kesulitan (Surah Al Inshirah).

8. Dapatkan Nasihat

Minta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stress. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor mahupun sahabat terdekat.

9. Belajar Katakan ‘TIDAK’

Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.

10. Dapatkan Tidur yang Cukup

Tidurlah sekurang-kurangnya 6 – 8 jam sehari. Tetapi seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikir dan menyiapkan kerja yang bertimbun.

11. Berdoa

Doa ialah senjata orang islam. Berdoalah kepada Allah. InshaAllah, sesiapa sahaja yang berdoa kepada ALlah, pasti Allah akan perkenankan.

12. Menarik Nafas Dalam-dalam

Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.

Sekian untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Sesiapa ada tambahan, bolehlah tambah dibahagian komentar :).
 
-------

Wednesday, June 23, 2010

Semoga semuanya dalam rahmat Allah yang Maha Luas!
Ameeennn

-------

Tuesday, June 22, 2010

[Ibadah] Tentang Puasa Bulan Rejab, amalan Nabi SAW

Oleh: Dr. Yususf al-Qaradhawi (Fiqh al-Siyam, bab Siyam al-Tatawwu’)
Penterjemah: Bin Sahak

Berpuasa dalam bulan-bulan haram diterima dan disunatkan, dalam segala keadaan. Akan tetapi tidak terdapat dari Nabi saw yang baginda berpuasa sebulan penuh melainkan Ramadhan. Baginda paling banyak berpuasa adalah dalam bulan Syaaban akan tetapi baginda tidak berpuasa keseluruhan (hari dlm Syaban).
Inilah Sunnah Nabawi dalam perkara ini (berpuasa sunat), Baginda berpuasa dan berbuka dalam setiap bulan, sepertimana yang terdapat (di dalam hadith):
“Adalah baginda berpuasa sehingga kami sangkakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami sangkakan baginda tidak berpuasa.”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Maka apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia yang berpuasa Rejab keseluruhannya, sepertimana yang dilakukan sebahagian manusia berpuasa Rejab, Syaban, Ramadhan dan puasa 6 bulan Syawal dan mereka menamakannya sebagai al-Ayyam al-Baidh selepas itu baru mereka berbuka, dan mereka berhari raya pada hari ke8 Syawal, dan hasilnya jadilah puasa mereka dalam 3 bulan ini dan puasa 6 syawal berturut-turut, mereka tidak berbuka melainkan pada hari raya.
Maka perbuatan ini tidak terdapat dari Nabi saw, tidak juga dari sahabat baginda dan tidak juga dari Salaf al-Soleh. Yang utama (dalam puasa sunat ini) ialah berpuasa sehari dan berbuka sehari, tidak dilakukan secara berturut-turut.
Maka setiap kebaikan itu pada mengikut Salaf dan setiap keburukan itu pada rekaan-rekaan orang kemudian. Maka siapa yang menghendaki al-Ittiba’ (mengikut Nabi saw) dan menghendaki pahala yang sempurna, maka ikutlah Nabi saw, dan baginda tidak berpuasa Rejab keseluruhannya, tidak juga Syaban keseluruhannya, Inilah (bentuk puasa sunat) yang lebih utama.”
  1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
  2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)
  3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)
  4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
  5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)
  6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
    - hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
    - berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily)
    - Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
    - berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
  7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
  8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
  9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
  10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik)
  11.  
    Hadis-hadis fadhilat Rejab ini memang disahkan dha'ef dan palsu tapi tidak salah jika nak berpuasa dalam mana-mana bulan termasuk Rejab, misalnya puasa Isnin-Khamis, puasa bulan putih atau Puasa Daud. Adapun keutamaan dan kelebihan puasabulan Rejab itu tiada asalnya.

-------

Friday, June 11, 2010

Persoalan Qada` dan Qadar



Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang
telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila. Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang
lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru,hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: "Imam Al-Khathabi telah berkata: 'Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..' Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu."

Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: "Mengapa kamu mencuri?" Lelaki itu menjawab: "Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya." Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: "Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya." Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: "Mengapa hukumannya begitu berat?" Berkata Omar Al-Khattab ra: "Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah." Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada Omar ra: "Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?' Omar ra menjawab: "Aku lari
dari takdir Allah kepada takdir yang lain." (Tarikh At-Tabari)

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: "Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu." (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau 'takdir yang pasti' dan mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu'allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh,jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke
dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: "Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab." (Surah Ar-Ra'd ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata: "Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan." Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik." (TIrmIzi)

Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: "Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan."

Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia.

RUJUKAN: BUKU 'EMPAYAR MINDA MUSLIM' OLEH DR DANIAL BIN ZAINAL ABIDIN
Di http://formulacemerlang.com/


-------


Dialu-alukan letak link blog dishoutbox anda untuk kami link semula. Terima kasih :)